<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=20060404&amp;blogName=mY+LiFe+My+StoRy&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLACK&amp;layoutType=CLASSIC&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fputericomel.blogspot.com%2F&amp;blogLocale=en_US&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fputericomel.blogspot.com%2Fsearch" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3054107564476057249&blogName=url.blogspot.com&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSIC&homepageUrl=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
Welcome to putericomel.blogspot.com
Wednesday, April 15, 2009Y
Attention!!

Aku ada kasut yang nak let go sebab dah taknak guna lagi. Baru pakai 2-3 kali. Jenama Carlo Rino. Harga asal RM70 tp aku nak jual RM50 je tak masuk postage ok. Saiz 40 or 8
Kalo ada yang berminat sila email aku puterichumel@yahoo.com Aku akan pos dengan kotak sekali. Wokies

ends at 9:21 AM| |



Tuesday, March 31, 2009Y
Karma

Adoi nak update blog pun susah. Sangat sengal ini internet. Manala member-member ni takde sorang pun nak ym haku. By the way tujuan aku update hari ini adalah kerana saya nak bercerita pasal karma. Ye KARMA bukan kama sutra aku hempuk kepala korang nanti kalo fikir pasal kama sutra. Kalo sapa tak paham karma, vice versa paham tak? Bahasa omputih gak korang paham ek.

Aku sebenarnya sangat percayakan karma or vice versa atau kata lainnya setiap perbuatan yang kita buat akan di balas. Sapa-sapa yang memang rajin baca entry aku lepas-lepas mesti dah sedia maklum tentang hubungan perkahwinan aku yang di lambung ombak akibat org ketiga.

So memandangkan lama dah aku tak citer maka hari ni aku nak bagitau. Baru-baru ni aku dapat tau pompuan yg menjadi org ketiga dlm umahtangga aku ni dah kene pukul ngan tunang dia. Agak teruk jugala keadaannya. Malang sekali dia tak mengadu ngan mak dia sebab mak dia rasa sgt wajar tunang dia buat camtu gara-gara dia masih berhubungan a.k.a contact lg dengan suami aku. Aku pulak mmg tak tau lg status 'mereka' tapi katanya kawan-kawan. Whateva...

Kesian jgk aku ngan dia tp dia yg pilih jln tu. Baru tunang dah kene pukul. Tapi dia pun sengal dah tau tunang perangai camtu yg ko pegi bersms ngan laki aku apasal. Padanla muka... lagipun ko ada hak nak putuskan pertunangan tu hanya kerana kesalahan ko yg tak besar tak kecik tapi besar hukum di sisi Allah kerana menganggu umahtangga org. Aku mmgla marah kat dia tapi aku takdela mintak dia sampai jdk camtu so conclusionnya adalah setiap perbuatan kita ada akibatnya. Ada pembalasannya. Tak perlu aku bersusah payah p jumpa dia tarik rambut lambat laun dia akan rasa apa aku rasa.

Kalo ditanya perasaan aku di kala ini mmg aku tak rasa apa. Takde rasa sedih, puas, or apa2 pun. Cuma kalo berpeluang jumpa dia (mmg aku tau tak berpeluang) aku nak cakap kat dia renungla balik tindakan, perbuatan kita yg lalu. Apa yg berlaku sekarang adalah akibat perbuatan kita yg lalu. Kalo dia still teruskan perkahwinan dia aku harap dia tak lalui apa yg aku lalui tp sekiranya berlaku dan mungkin lebih teruk dia patut renungkan semula diri dia.

ends at 12:21 PM| |



Friday, March 13, 2009Y
Kiut biskut

Aku dapat email pasal benda ni. Melihat gamba-gamba kiut camni memang menghiburkan... boleh buat biz ni sebab tak penah tengok lagi org buat camni. Slalu cupcake aje...hmm

Ko tak teruja ke tengok kalo camni gayanya biskut. Nak makan pun sayang...

ends at 5:01 PM| |



Tuesday, March 10, 2009Y
Peter dan Vanila

Yang ni namanya vanila. Sebab dia putih
Yang itam putih tu peter. Tu anak aku tengah sibuk
Sibuk untuk mendapatkan bekas air
Yes berjaya!!!
Bukan excited nak main dgn arnab. Excited nak main air minum arnab tu. Kecohla...

Saya sangat malas nak update blog,
Saya sangat malas nak keje,
Saya sangat malas tengok tempat keje saya

Aku tau aku merungut. Patutnya aku bersyukur masih mampu nak update blog, masih kuat bekerja dan masih ada keje. Cumanya aku dok jemu dgn perangai budak-budak kat opis ni tapi takpela asalkan ada duit pun cukupla kan dari takde. Hidup aku pun agak membosankan lately.

Aku ada bela arnab. Tahla nape nak bela arnab. Bukan rajin sangat. Tadi lupa nak letak makanan dia. Hai jgn mati sudah. Mampus aku...

Oh... aku banyak utang. Byk benda bertangguh. Hai pening kepala. Takpela bila aku pening psl duit slalunya aku alihkan pada yg selayaknya. Biar dia pening. Tanggungjwb dia...

Kete aku dah menunjukkan tanda-tanda perlu tukar gearbox. Lagi parah. Riban-riban tu... termenung seketika. Utang kete dah tak banyak. Ada rasa cam nak tukar je.

Anak aku tak pandai ckp lagi tapi dia pahamla apa aku cakap. Mak tengah sakit skang. Ada bengkak kat payudara. Risau jgk. Mak bersungguh nak dok kampung. Kami takleh cakap apa. Nak balik kampung slalu payahla kewangan selalu tak mengizinkan. Tahla...

ends at 9:29 AM| |



Monday, January 19, 2009Y
Juz a pic

Labels: ,


ends at 2:29 PM| |